Kegagalan adalah perancangan Ilahi di mana dia menguji manusia menerusi takdirNya untuk membuatkan mereka lebih berusaha.
Ketika anda membaca kajian-kajian kes yang berdasarkan kisah-kisah benar
di bawah ini, cuba fahami dan kenalpasti tentang bagaimana dan di mana
tangan-tangan ghaib itu bertindak.
1 Kisah Hotel Hilton
Conrad Nicholson Hilton - anak kedua daripada 8 orang adik beradik
- dilahirkan pada 1887 di San Antonio, Wilayah Mexico. Ayahnya seorang
pendatang dari Norway, seorang yang tekun berusaha tetapi telah mengalami
beberapa kerugian dalam urusniaganya. Perniagaan utama mereka adalah
sebuah kedai runcit. Keuntungan yang diperolehi membolehkan mereka membina
sebuah rumah besar dengan beberapa buah bilik.
Semasa kemelesetan pada 1907, wang sukar diperolehi. Atas cadangan
Conrad, keluarga Hilton mengubahsuai rumah mereka menjadi sebuah rumah
tumpangan yang sederhana. Setiap petang, Conrad pergi ke stesen keretapi
untuk mengiklankan perniagaannya. Pada kadar US $1 para penginap diberikan
layanan mesra dengan sebuah bilik yang bersih dan hidangan makanan yang
di masak oleh Mary Hilton (ibunya). Akhirnya Conrad berjaya membeli hotelnya
sendiri dan selepas era Kemelesetan Besar, Hilton terus terlibat dalam
apa saja perniagaan yang boleh diceburi, membina rantaian Hotel Hilton
sehingga menjadi sebuah organisasi yang dihormati dalam memberikan layanan
mesra dan paling baik di dunia.
2 Kisah Kim Dae Jung
Kim Dae Jung lebih dikenali sebagai D.J. Kim. Dia adalah anak kedua
kepada seorang petani di sebuah pulau kecil - Ha Eui, Korea. Pada zaman
kanak-kanaknya, Kim membesar tanpa mendapat sebarang pendidikan formal;
namun ia menggemari buku dan falsafah. Hanya pada 1937, apabila ibu bapanya
berpindah ke Mokpo di tanah besar, barulah dia menerima pendidikan yang
sempurna. Walau bagaimana pun pada penghujung Perang Dunia Kedua, apabila
sekolah-sekolah ditutup Kim memulakan kerjayanya dalam bidang perkapalan.
Dalam satu perjalanan urusniaga ke Seoul, Kim ternampak penderitaan
raykat yang disebabkan oleh politik yang kurang sihat. Itu adalah
permulaan kerjayanya dalam bidang politik yang mengakibatkan beliau
hampir-hampir menemui maut sebanyak 5 kali, dipukul, dicolek, meringkuk
selama 6 tahun dalam penjara, dan 10 tahun hidup dalam buangan. Tetapi
semakin ditekan, beliau menjadi semakin popular. Semasa berada dalam penjara,
Kim mempelajari bahasa Inggeris secara sendirian, serta menelaah hasil
kerja Mencius, Plato, Bertrand Russell dan Abraham Lincoln. Ke mana sahaja
dia pergi, dia sentiasa membawa sebuah kamus dalam poketnya, dan mem-pelajari
perkataan-perkataan baru. Pada satu ketika beliau dijatuhkan hukuman mati
atas alasan melakukan penderhakaan. Tetapi entah bagaimana, nyawanya terselamat
apabila Amerika datang menyelamatkannya. Hukuman-nya dipinda kepada penjara
seumur hidup dan kemudiannya dia diterbangkan ke Amerika.
Adalah suatu yang ironi ataupun itu se-memangnya takdir bilamana calon
yang telah 3 kali gagal menjadi Presiden ini akhirnya berjaya mengemudikan
Korea Selatan.
Apablia Kim menjadi presiden, ekonomi Korea Selatan telahpun tenat dan
berada di bawah telunjuk IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa). Ya, semua
pengalaman yang pernah dilaluinya dalam hidup telah menyediakan beliau
untuk saat itu - memimpin negaranya untuk keluar daripada krisis ekonomi
semenjak Perang Dunia.