Gagal

Ada terdapat sekian banyaknya buku dalam pasaran hari ini yang berceritakan tentang kejayaan. Bagaimana hendak mencapai, dan lain-lain lagi….Sepanjang pengetahuan saya, tidak banyak yang telah disentuh mengenai soal “kegagalan”. Saya meneka bahawa sebab perkara ini telah disentuh dengan panjang lebar adalah kerana masyarakat kita telah diasuh supaya manghindari kegagalan. Kita memandang rendah terhadap orang yang telah gagal. Kita memandang dengan cara yang berlainan kepada “mereka yang tercicir”. Gagal itu dianggap sebagai sesuatu yang pantang. Kita mengukur orang mengikut “pencapaian” mereka. Kita meletakkan nilai yang tinggi pada “kejayaan” tetapi nilai yang sedikit benar atau tiada langsung pada “kegagalan”
         Sedikit benarkah atau tiada langsungkah nilai pada kegagalan? Mengapakah dalam nilai pada  semua tokoh-tokoh agung yang saya cukup bernasib baik untuk membaca tentangnya, semakin teruk kegagalan yang mereka alami semakin unggul mereka kesudahannya menjadi?
Saya berani berkata bahawa kegagalan besar sebenarnya menghasilkan tokoh-tokoh agung.Begitu sedikit sekali bilangannya, kalaupun ada sekalipun, tokoh-tokoh agung yang tidak pernah mengalami kesukaran dan kegagalan dalam hidup mereka .
 
  Malahan, kegagalan menghasilkan sebegitu ramai tokoh agung sehingga saya berani berkata bahawa “nilai” kegagalan lebih besar daripada nilai kejayaan. Tetapi aduhai! Kita hanya berfikir untuk menang dan menang sepanjang masa.

[Download This Whole Chapter]